Tuesday, December 8, 2009

AL-FATIHAH BUAT BONDA YANG DIKASIHI


30 November 2009 , bonda yang dikasihi kembali kerahmatullah jam 10 malam di Kedah Medical Centre Alor Star ketika usia 75 tahun , semoga rohnya bersama para solehin. selepas lebih 6 bulan mengalami kesakitan akibat penyakit diabetes Mellitus.
Kembalinya kesisi Maha Pencipta dengan wajah yang berseri-seri di iringi cuaca yang redup dingin tenang,tiada langsung riak-riak kegelisahan diwajah anak-anak cucu yang ditinggalkan semuanya redha dengan ketentuan ALLAH cuma esakkan kecil dan linangan airmata mengiringi jenazah sewaktu sedang dikafan .
Jam 12.00 tengahari (1 Disember2009)jenazah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Rambutan bersebelahan kubur ayah(suaminya),anaknya,cucu dan sanak saudara terdekat.
Semua anak-anak menantu yang ditinggalkan menjalankan tangungjawab yang terakir dari awal kematian hingga selamat disemadikan,Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dalam cuaca yang redup dan dingin seolah-olah hujan akan turun, inilah rahmat dari Allah.
Kesedihan yang amat sangat ini masih lagi terasa,namun disimpan jauh di lubuk hati bersama ribuan koleksi kenangan yang kekadang mampu menyebabkan sebak didada dengan deraian airmata.
Ya Allah Ya Karim kami redha dengan ketentuan ini, saat yang tiada siapa tahu menjelma jua akhirnya ALLAHUAKBAR...ALFATIHAH..AMIN.